Latar belakang

Puan Nor Faezah Binti Hamzah, 38 tahun merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bakeri. Antara produk bakeri yang dihasilkan oleh beliau adalah pelbagai jenis roti, biskut, kek dan pemanis mulut. Beliau nekad untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada awal tahun 2019 dengan mengambil tempahan kek di samping mengeluarkan roti arab dengan jenama sendiri. Beliau tidak pernah mendapat didikan secara formal dalam bidang kulinari ataupun bakeri. Namun, atas dasar minat dan kesungguhan yang dimiliki, beliau mampu memuaskan hati pelanggan dengan menghasikan produk yang sedap dan berkualiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awal perniagaan, Puan Nor Faezah hanya memasarkan produk apabila menerima tempahan daripada kawan-kawan dan jiran tetangga.Antara produk best seller beliau adalah roti arab Izza. Dalam mempromosikan perniagaan, beliau lebih menfokuskan menjual produk makanannya kepada vendor-vendor sekitar bandar Karak, tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Malahan, penjualan secara COD juga dilakukan dengan mengambil pesanan melalui aplikasi whatsapp. Oleh itu, beliau dibimbing oleh petugas untuk memulakan jualan di platform atas talian seperti ‘Business Whatsapp’, ‘Facebook’, Shopee dan Tiktok shop serta turut diajar cara menghasilkan video yang menarik dan mensiarkannya di Internet

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti beberapa program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan facebook, tiktok dan shopee sebagai medium untuk memperluaskan lagi empayer perniagaan. Selain itu, kemahiran editing semakin bertambah dan cepat dalam penghasilan sesuatu video dan poster. Beliau turut menggunakan lawan sesawang sebagai medium untuk pembacaan utama dan melakukan sedikit kajian untuk perniagaannya. Bagi beliau, seseorang usahawan yang celik IT mampu meningkatkan hasil jualan dan memperluaskan lagi target market kerana semua orang yang melihat produk yang diiklankan di internet menjadi potensi pelanggan usahawan.