Latar belakang

Puan Suzilawati Hairi merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan produk kerepek pisang dan juga merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Karak, Pahang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan kelas usahawan di PEDi, beliau hanya menjual kerepek secara kecil – kecilan. dan membuat apabila menerima tempahan oleh penduduk setempat serta pada musim perayaan. Oleh itu, beliau dibantu oleh petugas dan menyertai pelbagai kelas-kelas usahawan untuk meningkatkan lagi hasil jualan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di PEDi, beliau giat mempromosikan perniagaan di media sosial seperti Facebook, Shopee dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau dikenali ramai dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan.