Latar belakang

Qaseh Nur Umairah merupakan murid sekolah rendah di Sekolah Rendah Jambu Rias, Karak yang berusia 10 tahun. Beliau telah menjadi ahli NADI Kg Jambu Rias iaitu bulan Jun 2023. Pada waktu itu, beliau kurang mendapat pendedahan berkenaan dengan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas di NADI Kg Jambu Rias, beliau tidak mahir menggunakan perisian asas komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mendaftar menjadi ahli, beliau mula mengikuti kelas asas komputer yang dianjurkan oleh petugas setiap minggu. Kini, beliau semakin mahir dan menampakkan peningkatan dalam menggunakan perkakasan, perisian asas komputer dan enjin carian maklumat di Internet. Selain itu juga, dengan penglibatan kelas ICT membuatkan beliau semakin seronok untuk datang ke NADI dan mempelajari ilmu yang baru