Latar belakang

Mani merupakan murid sekolah rendah di SK Jambu Rias, Karak yang berusia 10 tahun. Beliau telah menjadi ahli NADI Kg Jambu Rias iaitu pada 2 Okt 2023. Beliau sering hadir ke NADI bagi membuat kerja sekolah ditemani ibu mahupun rakan sekelasnya. Selain itu, beliau juga turut mengikuti kelas dan program yang dianjurkan di NADI setiap bulan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas di NADI Kg Jambu Rias, beliau tidak mengetahui cara menggunakan komputer, beliau tidak mahir menggunakan tetikus dan juga papan kekunci. Apabila mahu mencari bahan pembelajaran di carian Google, beliau  memerlukan bimbingan dari petugas NADI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau kerap menyertai latihan-latihan ICT dan juga STEM di NADI Kg. Jambu Rias, beliau sudah mahir menggunakan tetikus, semakin pantas menaip dan beliau juga dapat kenalan baru yang sama-sama menyertai latihan di NADI. Beliau tidak lagi memerlukan pengawasan dari petugas NADI ketika membuat sesuatu tugasan.