Latar belakang

Nur Aisyah Hannan merupakan murid sekolah rendah di Sekolah Rendah Jambu Rias, Karak yang berusia 11 tahun. Beliau telah menjadi ahli NADI iaitu bulan Ogos 2023. Pada waktu itu, beliau kurang mendapat pendedahan berkenaan dengan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum Nur Aisyah Hannan melibatkan diri di NADI Kg Jambu Rias, beliau kurang pengetahuan asas tentang ICT dan penggunaan peralatan komputer. Adik Aisyah hanya tahu cara untuk melayari internet dan bermain permainan pendidikan yang berkaitan pembelajaran di internet. Selain itu, beliau kurang menguasai penggunaan tetikus dan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas Nur Aisyah Hannan melibatkan diri di NADI Kg Jambu Rias, terdapat peningkatan yang baik dan memberangsangkan dari segi penggunaan peralatan komputer, kemahiran menaip, kretiviti mencipta poster dan semangat kerjasama berkumpulan dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan di NADI. Antara kelas yang yang beliau aktif sertai setiap bulan adalah kelas menaip, Ms word, Ms power point, canva, softskill, e-learning dan stem/iot. Beliau juga turut aktif menyertai pertandingan kuiz, poster dan banyak lagi. Selain itu juga, dengan penglibatan kelas ICT membuatkan beliau semakin seronok untuk datang ke NADI dan mempelajari ilmu yang baru.