Latar belakang

Muhamad Fitri merupakan seorang pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Beliau aktif dibawah persatuan Doktor Muda dan juga unit beruniform Pengakap. Beliau berasal dari Kampung Lengkong dan merupakan anak ke dua dari tiga orang adik beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan dan tiada kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya. Beliau juga sangat kreatif dalam menggunakan Microsoft Word sebagai medium untuk membuat kad Hari Guru, Kad Hari Lahir & juga kad Hari Ibu. Beliau juga ada menyertai pertandingan Poster Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan beliau berjaya menjadi juara.