Latar belakang

Ahmad Izam atau pangilan mesranya Izam  telah memulakan perniagaan gerai makannya Zam’s Corner pada tahun 2016. Gerai beliau mengutamakan char kuew teow sebagai menu utama. Selaian itu, beliau juga menyediakan masakan panas yang lain

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan latihan komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 3000 sahaja. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu kenalan, saudara mara dan penduduk kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malayia Kg. Jambu Rias, beliau kini sudah mempunyai beberapa orang pekerja bagi membantu melancarkan perjalanan perniagaan gerai makan beliau.  Beliau juga mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makannya di laman sesawang facebook dan juga melalui aplikasi Whatsapp. Malahan kini beliau menambah beberapa menu istimewa seperti udang butter prown,char kuew teow sotong dan banyak lagi bagi menarik lebih ramai lagi pelanggan ke gerai beliau dan ternyata usaha beliau membuahkan hasil kerana setelah setahun jumlah pelanggan beliau semakin bertambah.