Latar belakang

Muhamad Firdaus merupakan seorang pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Beliau berasal dari Kampung Lengkong dan merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang tidak mahir dan tiada kemahiran asas menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan dan tiada kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti secara aktif kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya. Beliau juga mempunyai kemahiran asas yang kreatif dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point sebagai medium untuk membuat Biodata Diri, Kad Hari Lahir & juga kad Hari Ibu. Beliau juga sering menyertai petandingan dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias.