Latar belakang

Pn Azizah Baba menjual makanan seperti nasi berlauk,laksa,mee kari dan pelbagai lagi menu di gerai miliknya. Namun begitu, kini beliau turut mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian seperti di laman sesawang facebook. Beliau mula menerima tempahan dari rakan – rakan dan sedara mara sahaja. Kini perniagaan makanan yang dijalankan oleh  beliau mula mendapat permintaan dan tempahan dari penduduk kampung dan penduduk di kawansan Bentong

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau kurang dari RM 900 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan juga terhad iaitu rakan- rakan dan sedara mara terdekat sahaja

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan mendapat tunjuk ajar dari petugas PI1M, Beliau mahir menggunakan medium atas talian seperti laman sesawang facebook dan instagram untuk membuat promosi dan memperkenalkan produk makanan beliau kepada pelanggan diluar kawasan kampung. Pendapatan beliau semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin terkenal dan mendapat tempat dihati pelanggan