Latar belakang

Puan Nor Asiah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Anom telah memulakan perniagaan gerai makan beliau dari tahun 2017. Beliau menjual pelbagai jenis makanan antaranya mee kari, mee sup, laksa, mee rojak, chicken chop, pisang goreng, tauhu sumbat dan pelbagai lagi menu yang menarik. Beliau hanya dibantu oleh suami dan kadang kala anak-anak beliau akan membantu pada hujung minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum membuka gerai beliau hanya mengambil tempahan makanan untuk majlis tertentu dan pendapatan beliau tidak tetap. Kemudian beliau mula membuka gerai atas permintaan ramai penduduk setempat dan beliau boleh meraih pendapatan dalam lingkungan RM1000 sebulan dan pada ketika itu gerai beliau hanya diperbuat daripada kanvas dan rangka kayu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malayia Kg. Jambu Rias, beliau kini mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Gerai makan beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari atas bantuan media sosial dan pendapatan beliau juga makin meningkat dalam lingkungan RM2000 – RM3000 sebulan.