Latar belakang

Susilah Fazyuhanna telah memulakan perniagaan gerai makan beliau iaitu MAQ Kitchen dari tahun 2015. Beliau menjual pelbagai jenis makanan melayu dan juga barat antaranya nasi ayam penyet, pelbagai jenis nasi goreng dan mee, rojak buah, roti john, chicken chop, spaghetti, pencuci mulut dan pelbagai lagi menu yang menarik lain daripada lain. Beliau mempunyai beberapa pekerja yang membantu kelancaran operasi MAQ Kitchen yang dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad, dari jam 2.00 petang sehingga 10.30 malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Semasa permulaan pembukaan kedai makan beliau, rata-rata pelanggan hanya dari kawasan sekitar jambu rias dan juga kampung terdekat kerana beliau belum mewar-warkan dimedia sosial tentang kedai makan beliau. Pendapatannya juga hanya sekitar 5 ribu ke 6 ribu sebulan. Kedai makan beliau juga pada ketika itu masih belum dinaikkan papan tanda. Oleh yang demikian, orang luar tidak tahu tentang kedai makannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui program keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias dan atas usaha beliau sendiri, beliau mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Gerai makan beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari bukan sahaja dari penduduk setempat malahan ada juga pelanggan yang datang dari Kuala Lumpur, Temerloh, Raub dan banyak lagi atas bantuan media sosial iaitu beliau mengiklankan di page facebook Penduduk Karak dan juga page Pahang Darul Makmur . Pendapatan beliau juga makin meningkat hingga bebelas ribu ringgit sebulan.