Latar belakang

Cik Siti Aisyah membuka gerai perniagaan menjual burger secara kecil – kecilan dengan menghasilkan pelbagai jenis burger daging dan ayam selain sosej kepada pelanggan . Beliau yang sememangnya minat berniaga telah menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau sebelum ini hanya sekitar RM400.00 setahun kerana pelanggan beliau hanya terdiri dari  penduduk kampung berdekatan sahaja. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan internet.

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan terutama kelas My Shop yang di sediakan oleh Pusat Internet Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan mula mempromosikan perniagaan beliau melalui atas talian iaitu media sosial sekaligus memperkenalkan lagi  perniagaan beliau dan dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli di gerai miliknya mahupun tempahan untuk dihantar ke rumah.Pendapatan pula semakin meningkat hingga  rm900-RM1000.00 sebulan.