Latar belakang

Siti Nuraida merupakan seorang pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Beliau seorang pelajar yang aktif di sekolah dalam persatuan dan kokurikulum.  Beliau berasal dari Kampung Jambu Rias  dan merupakan anak ke dua dari tiga orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer kerana tiada pendedahan dan kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya. Beliau juga sangat kreatif dalam menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat jadual dan poster.Beliau juga kerap menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias.