Latar belakang

Puan Norhafifi bte Taib atau pangilan mesranya kak Nor telah memulakan perniagaannya sejak 30.01.2016. Beliau bermula sebagai dropship pelbagai barangan dan kemudiannya mengambil inisiatif untuk membuat produk sendiri.Beliau kini mengusahakan perniagaan pakaian yang dijahit sendiri di rumah dan dijual secara atas talian dan kepada orang kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan latihan komputer dan keusahawanan di Pusat Internet Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400.00 sahaja Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang terdiri daripada raka-rakan dan saudara mara sahaja selain dariipada kenalan saudara mara beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat InternetKg. Jambu Rias, beliau kini sudah mempunyai inisiatif untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dengan lebih berkeyakinan selepas mengetahui bahawa Pusat Inteernet memberi banyak kemudahan dan bantuan kepada beliau.Beliau mula memperkenalkan dan mempromosi pallazo home made  yang dijual  di laman sesawang facebook,instagram dan juga melalui aplikasi Whatsapp. Malahan kini beliau berjaya memasarkan produk di web-web barangan jualan atas talian. (seperti Dasgboard-My Shop)