Latar belakang

Nur Najirah Bt Muhd Sukeri atau pangilan mesranya Jirah berasal dari Kedah dan kini menetap di Jambu Rias setelah berumah tangga menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan tambahan beliau.Sebelum berkahwin,beliau sememangnya telah mula berniaga secara kecil-kecilan.Beliau merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau kemudiannya mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan atas talian secara aktif untuk mengisi masa terluang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan kelas  komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 200 sahaja. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu kenalan, saudara mara dan penduduk kampung yang berhampiran kerana kurangnyya promosi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Jambu Rias mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual.Beliau turut sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau selain memasarkan barangan tersebut ke page-page perniagaan.Beliau turut diajar untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memuat naik produk perniagaan beliau ke dalam My Shop.Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten.Hasilnya,pendapatan hasil jualan tersebut semakin meningkat dan menunjukkan banyak peningkatan setelah menjadi ahli PI dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan.