Latar belakang

Muhamad Qairun Nadzim merupakan seorang pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Beliau berasal dari Kampung Lengkong dan merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik.Beliau seorang pelajar yang aktif di sekolah selain merupakan Pengawas Pusat Sumber.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang tidak mahir dan kurang kemahiran asas menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan dan tiada kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti secara aktif kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias setiap Jumaat dan Sabtu, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya dan mencari maklumat semasa selain mengulangkaji pelajaran menggunakan permainan pendidikan. Beliau juga mempunyai kemahiran asas yang kreatif dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point  selain Microsoft Publisher untuk mereka brochure,banner dan kad-kad ucapan. Beliau juga sering menyertai petandingan dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias.