Latar belakang

Nurul Jannah Bte Gazali menjual beberapa  jenis choco jar secara kecilan dengan menghasilkan pelbagai perisa dan bekas kepada pelanggan . Beliau yang sememangnya minat berniaga dan  telah menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau sebelum ini hanya sekitar RM1000.00 setahun kerana pelanggan beliau hanya terdiri dari  penduduk berdekatan sahaja. Beliau mempunyai pengetahuan asas  menggunakan komputer dan internet tapi tidak tahu cara yang lebih untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti beberapa kelas ICT dan keusahawanan terutama kelas My Shop yang di sediakan oleh Pusat Internet Kampung Jambu Rias, beliau semakin mahir menggunakan komputer  dan internet secara meluas dan mula mempromosikan perniagaan beliau melalui atas talian dengan lebih efisyen sekaligus memperkenalkan lagi  perniagaan beliau dan dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk beliau dan beliau juga telah melantik beberapa agen dan menghantar produk yang diusahakan di kedai-kedai terpilih..Pendapatan pula semakin meningkat hingga  rm2000 sebulan.