Latar belakang

Al Ikhwan Bin Jasni merupakan seorang pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias. Beliau seorang pelajar yang aktif di sekolah dalam kokurikulum terutama dalam sukan sepak takraw.  Beliau berasal dari Kampung Lengkong  dan merupakan anak bongsu  dari lima orang adik beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer kerana tiada pendedahan dan kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah yang diberi oleh guru.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya. Beliau sangat aktif berkunjung ke PI Kg Jambu Rias  untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Beliau juga kerap menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias bersama keluarga