Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

(JPKK)Kampung Jambu Rias.

En. Madzelan Bin Yusof

 

Ketua Kampung

Kg. Jambu Rias, Karak, Pahang.

Setiap kampung diwajibkan mempunyai satu organisasi yang akan menerajui kampung-kampung ke arah kemajuan di samping menitikberatkan keselamatan dan penduduknya daripada sebarang ancaman. Organisasi ini dinamakan sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali dengan nama JPKK. JPKK merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan oleh pihak kerajaan negeri untuk menerajui sesebuah kampung sehingga mencapai sesuatu kejayaan dan perubahan. Ahli-ahli yang dilantik adalah menerusi perlantikan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam projek kemajuan luar bandar. Ahli-ahli jawatankuasa telah diberikan tanggungjawab masing-masing melalui pembahagian jawatan dan tugas.

Kampung Jambu Rias merupakan sebuah kampung tradisional yang telah melalui proses-proses kemajuan menerusi usaha-usaha oleh pihak JPKK yang diterajui oleh Pengerusi JPKK atau Ketua Kampung. Ketua Kampung, Kampung Jambu Rias ialah En. Madzelan Bin Yusof merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan objektif dan matlamat penubuhan JPKK Kg Jambu Rias tercapai. Beliau telah memegang jawatan sebagai ketua kampung di Kampung Jambu Rias bermula tahun 2017 sehingga kini.

Pengerusi atau Ketua Kampung harus mempunyai satu rangkaian komunikasi yang baik untuk memastikan semua ahli JPKK tampil menghulurkan sumbangan dalam memajukan dan menjamin keselamatan kampung.