Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2021 🇲🇾
Walaupun kita masih lagi berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara, kita perlulah menzahirkan rasa cinta kita terhadap negara 🤩
Jom sama-sama semarakkan semangat patriotisme dan kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kepada negara 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 !
Ini Malaysiaku, tanah tumpahnya darahku. ❤️

MHPSS Hospital Kuala Lipis mengajak anda untuk menyertai pertandingan Video Pendek "Ucapan Kreatif kepada Frontliner". Ini sebagai tanda sokongan anda kepada petugas barisan hadapan.

Sila klik pautan berikut untuk Pendaftaran :
https://bit.ly/36pnNC8

🌐 Syarat-syarat pertandingan:
▪️ Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan JKN Pahang.
▪️Video perlu berdurasi 1 minit sahaja. Karya mestilah asli dan kreatif.
▪️Peserta hendaklah kongsikan video diaplikasi tik tok dan letakkan tanda pagar #mhpsslipis.
▪️Semua penyertaan adalah menjadi hakmilik penganjur.
▪️Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
📞 Pemenang pertandingan akan dihubungi oleh urusetia.
🗓️ Tarikh TUTUP penyertaan adalah sebelum atau pada 31 JULAI 2021.

🔆 Pemenang akan dinilai berdasarkan video yang paling kreatif.

 

sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

🎊🎊 HADIAH MENARIK❗
3️⃣ Pemenang Utama.
7️⃣ Pemenang Saguhati.
▪️ E-Sijil untuk semua penyertaan.

📞 Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pn.Azwa - 012-3467374
Pn.Aini - 017-9098628

Semoga ucapan anda menjadi pembakar semangat kepada semua petugas dalam tempoh yang sukar ini.

antara yang menjadi komplikasi adalah kelewatan ketika mencari aplikasi secara manual, membuka serta mengimbas kod qr. proses berkenaan dianggarkan mengambil masa 10 saat.
di sini kami membantu mempercepatkan pergerakan anda kepada 2 saat sahaja❗✅ berikut cara2nya..
pengguna samsung:
1. tekan lama di butang power, pilih side key settings.
2. pilih double press serta open app dan tekan aplikasi 

.
kaedah universal(terpakai untuk semua):
1. buka store dan install aplikasi buttons remaper.
2. enablekan servis dan berikan kebenaran dalam sistem phone.
3. pilih + , short & long press dan cari butang yang sesuai sama ada volume atas, volume bawah, butang power atau butang kamera fizikal. dalam situasi ini kami lebih selesa dan mudah dengan butang volume atas. tekan action-open mysejahtera.
4. pilih samada hendak tekan lama atau tekan sekali(checkbox long press). laraskan pemasa dalam saat ikut keselesaan.
5. keluar aplikasi dan selamat mencuba. 😊
#sharingiscaring💜 #patuhisop🤳📝

*antara tips lain adalah mencuci cache dan memori phone menggunakan ccleaner atau apa2 aplikasi pihak ketiga dan aplikasi terbina. selain memori, proses yang banyak di background(banyak aplikasi terbuka) juga mempengaruhi kelajuan untuk buka sesuatu aplikasi.

 

sumber : Facebook Pahang Darul Makmur

 

Anda sedang mencari pekerjaan? Mulakan perjalanan kerjaya anda di sini.

Layari platform portal pekerjaan negara MyFutureJobs melalui laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.