Pusat Internet Kg. Jambu Rias terletak berhampiran Pekan Karak dalam daerah Bentong yang mana bagunannya berhampiran jalan lama antara Pekan Lanchang dan Karak. Jalan ini sibuk dengan kenderaaan kerana jalannya yang lebih lebar dan menjadi laluan pintas daripada Pekan Lanchang ke Karak atau pun sebaliknya. Ia menjadikan lokasi yang strategik kepada Pusat Internet Kg. Jambu Rias kerana berada di tengah-tengah laluan dua pekan tersebut dan menjadikan tempat utama untuk para pengunjung yang mahu menggunakan komputer, melayari internet dan pelbagai lagi perkhidmatan lain yang disediakan.