Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg.Lengkong pada 1 Oktober 2015 (Khamis) telah berlangsung Program Malaysia Dihatiku Sehati Sejiwa. Program tersebut telah dianjurkan oleh Kelas PKK Kg.Lengkong bersama KEMAS dengan kerjasama daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Jambu Rias. En Saharudin selaku penyelia KEMAS Parlimen Bentong telah hadir bagi merasmikan program tersebut dan dengan bebesar hati telah membantu mewarkan Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Jambu Rias sebagai platform kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan masing-masing. 

Pada program tersebut, telah diadakan Pertandingan Masakan & Gubahan Bunga dan telah memperolehi penyertaan yang memberangsangkan oleh penduduk setempat yang ratanya adalah kaum ibu. Terdapat tiga jenis masakan yang dipertandingkan iaitu kerabu, rendang ayam dan pencuci mulut. Para peserta sangat bersemangat dan kreatif dalam mempersembahkan hidangan masing-masing dan juga gubahan bunga mereka.

Tambahan pula, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Jambu Rias telah menyumbangkan 20 hadiah bagi sesi cabutan bertuah bagi menarik minat orang ramai untuk hadir memberi sokongan kepada program tersebut.