Pada 23 Julai 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia telah menganjurkan Program Literasi ICT & Dashboard Komuniti 2017 dan seramai 55 orang peserta telah hadir pada program tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan untuk para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, belia, dewasa dan juga warga emas termasuk Latihan Keusahawanan.

Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai latihan tersebut yang terdiri daripada peserta IKS dan juga wanita-wanita Kampung Jambu Rias dan juga Kampung Lengkong. Rata-rata mereka telah mempunyai perniagaan sendiri yang sedang usahakan seperti perniagaa mee kuning, kedai makan dan juga membuat kraftangan. Peserta diberi taklimat tentang medium perniagaan online iaitu My Shop yang boleh digunakan melalui aplikasi Dashboard Komuniti. Latihan tersebut diharap dapat membantu wanita-wanita yang juga usahawan supaya mendapat lebih peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.