Pada 23 November yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Rias. Majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 11.45 pagi. Ramai tetamu yang hadir terdiri daripada ibu bapa murid-murid darjah 6 yang telah mengambil keputusan UPSR. Walaupun tiada murid yang mendapat 5A namun pihak sekolah tetap menghargai dan berasa bangga terhadap murid yang mendapat keputusan UPSR yang baik. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah meraikan murid-muridnya dengan menyampaikan hadiah kepada yang mendapat keputusan yang baik dalam UPSR pada tahun ini.