Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias memberi kerjasama kepada Tabika KEMAS Kg. Lengkong menyediakan slot pendidikan ICT kepada pelajar-pelajar mereka setiap bulan bagi mencapai sasaran pelajar-pelajar tabika celik IT.

Pada 31 Mac 2017 (Jumaat) yang lalu, telah berlangsung E-Pembelajaran bersama pelajar-pelajar  Tabika KEMAS Kg. Lengkong. Mereka telah diajar bagaimana untuk mengenali pelbagai bentuk dan juga mewarna bentuk-bentuk tersebut sehingga terhasil sesuatu objek yang tersembunyi sambil menyelesaikan soalan matematik.

Kelas tersebut juga telah diadakan pada bulan lepas dan pada bulan ini supaya mereka semua dapat memahirkan diri dengan bentuk-bentuk dan juga mempercepatkan minda mereka untuk menyelesaikan soalan matematik.