PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) telah menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial semalam.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau bertugas di tadika berkenaan.

"Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur empat dan lima," katanya.

Kementerian itu berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk membantu pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung. - Bernama

 

Kalendar

May 2024
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31