Kini setiap kampung memiliki pengusaha-pengusaha makanan seperti makanan sejuk beku,kerepek-kerepek, kuih tradisional dan sebagainya. Lazimnya mereka yang mengusaha produk makanan tersebut dibimbing oleh agensi-agensi. Salah satu contohnya adalah RISDA. Dengan adanya inisiatif Sumber Pembiayaan Program Peningkatan Ekonomi iaitu Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), usahawan bimbingan RISDA dapat memajukan perniagaan mereka dengan bantuan kewangan. 

Puan Rozaidah Binti Sudin antara usahawan bimbingan RISDA yang terdapat di Kampung Paya Pelantar. Beliau mengusahakan beberapa jenis makanan iaitu bahulu, kek dan biskut.  Beliau juga memiliki bengkel perusahaan makanan beliau sendiri yang terletak bersebelahan dengan rumahnya yang beralamat No.30 Kg. Paya Pelantar, Karak, Pahang Darul Makmur. 

Selain membekalkan produk makanannya kepada pemborong, beliau juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan sebarang keraian.