ADAKAH SAYA BOLEH JADI WAKIL KEPADA KELUARGA SAYA JIKA CHECK-IN MENGGUNAKAN MYSEJAHTERA?
Untuk makluman. Boleh. Anda perlu tambah tanggungan di dalam aplikasi mysejahtera yang telah didaftarkan di bawah nama anda. Kemudian anda boleh check-in sekali dengan nama yang telah didaftarkan.
 
Tanggungan yang ditambah mestilah mempunyai hubungan seperti Pasangan, Anak, Saudara Kandung, Ibu, Bapa, Mertua, Nenek, Datuk, dan Penjaga sahaja.
 
Notis : Tambahan tanggungan adalah bagi kes yang tiada akses kepada telefon pintar sahaja.
Anda boleh melihat kepada poster di bawah cara-cara untuk menambah tanggungan dan check-in sekali dengan nama yang telah di daftarkan.