Assalamualaikum & salam sejahtera!
 
Malam semalam, jam lebih kurang 9 malam, 1 Oktober, satu kejadian kebakaran terbesar berlaku di Kg Baru Karak, kali kedua dalam tempoh lebih kurang 30 tahun di Pekan Karak. Kejadian tersebut menyebabkan hampir 50 buah rumah dan 10 buah kedai musnah dijilat api. Struktur bangunan berkayu dan rapat antara satu sama lain menyebabkan api marak dengan pantas. Kebakaran tersebit menyebabkan jalan utama ditutup dan laluan dilencongkan ke Jalan Sekolah Cina. Api mula reda selepas jam 12 tengah malam, 2 Oktober.
Alhamdulillah tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Kini, mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan di petempatan sementara Dewan SJK(C) Karak. Bantuan kilat terus disalurkan oleh pihak berkaitan.
Jutaan terima kasih kepada hero kita, Bomba termasuk Bomba Sukarela, Polis, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk Karak yang telah membantu. Sesungguhnya jasa kalian besar dan tidak mampu dibalas.
Berdoa agar Penduduk Kg Baru Karak, tabah dan segera pulih dari kejadian ini.
 
credit : Facebook Nazrin Shah Zainuddin