Sempena Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg. Jambu Rias yang lalu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah menyertai program tersebut bagi menyampaikan ceramah berkaitan keselamatan ketika musim banjir. Ceramah diberi sebagai panduan langkah keselamatan yang perlu diambil kepada semua pengunjung jika berlaku banjir. Selain itu pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak juga mengadakan pameran jentera pemadam api mereka dan memberi peluang kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk menaiki kenderaan tersebut.