Pada 18 Mac 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Sayangi yang Muda Hormati yang Tua anjuran KOSPEN Kg. Lengkong. Program tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Lengkong dan program bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Acara dimulakan dengan aktiviti senam aerobic (zumba) yang disertai oleh kaum wanita, belia wanita dan segelintir kaum lelaki. Kemudian acara mewarna kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tabika KEMAS Kg. Lengkong pula berlangsung. Mereka dikehendaki mewarna gambar buah-buahan tempatan iaitu mengikut tema pemakanan sihat.
Sambil aktiviti-aktiviti yang lain berlangsung, para pengunjung yang datang juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh AJK KOSPEN Kg. Lengkong. Tambahan juga, di booth Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Bentong banyak aktiviti dijalankan seperti e-Waste, Teka Logo KDB, Kuiz KDB dan juga Word Search.
Terdapat juga cabutan bertuah kepada para penggunjung yang hadir dan juga pemberian beras kepada penduduk Kg. Lengkong sumbangan Dato’ Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dan juga ahli Parlimen Bentong.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan/216-program-kospen-kg-lengkong#sigFreeId6e12ae153c