Pada 22 April (Sabtu) yang lalu, bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Jambu Rias telah berlangsungnya Program Kesihatan anjuran KOSPEN Kg. Jambu Rias. Program tersebut diadakan pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Acara dimulakan dengan tarian zumba dan senam aerobik yang disertai oleh kaum lelaki dewasa, wanita dan juga belia.

Sementara itu Pusat Internet 1 Malaysia Gugusan Bentong iaitu terdiri daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, Felda Mempaga 3, Taman Muhibbah dan juga Batu 1 terlibat sama dalam mempromosikan Program E-Waste dan Dashboard. Petugas-petugas Pusat Internet 1 Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung.

Sepanjang pelbagai aktiviti dijalankan seperti mewarna kanak-kanak,taklimat kesihatan dan juga aktiviti di booth Pusat Internet 1 Malaysia, pihak AJK KOSPEN Kg. Jambu Rias menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada para pengunjung. Terdapat juga cabutan bertuah di akhir program.