Pada 8 Februari 2018 (Khamis) yang lalu, Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr S.Subramaniam telah membuat lawatan kerja sehari ke Negeri Pahang .Pada pagi tadi beliau telah merasmikan Klinik Desa Jambu Rias di Karak . Terdapat pelbagai aktiviti saringan sepanjang majlis tersebut seperti pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, demo masakan dan pelbagai lagi.

Menteri kesihatan berkata RM 1.8 Billion telah di peruntukan bagi penyampaian kesihatan di Negeri Pahang. Ianya termasuk pembangunan infra dan penyediaan Kesihatan. Beliau juga turut menyampaikan 21 ambulan kepada hospital dan klinik diseluruh negeri Pahang. Dr Subra mengambil peluang bagi penghargaaan kepada semua Jururawat khususnya jururawat masyarakat yang telah memberi khidmat dan jasa terhadap rakyat setempat.

 

sumber : https://www.facebook.com/pkdbentong/ & https://www.facebook.com/drssubra/