Nor Amirah Binti Hasan merupakan lepasan siswazah dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam,Selangor. Pada tahun 2019, beliau bersama beberapa rakan mengeluarkan produk kambing perap iaitu Kambing OPS Perap. Sebelum terlibat dengan program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau lebih memfokuskan menjual produk kambing perap di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Malahan, penjualan secara COD juga dilakukan dengan mengambil pesanan melalui aplikasi whatsapp. Setelah mengikuti beberapa program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau dengan kerjasama daripada Aeon Big Selangor iaitu beliau dapat memasarkan Kambing OPS Perap di sepuluh cawangan Aeon Big sekitar Selangor. Malahan, beliau juga mamasarkan produk kambing perap di platform media social dan Shopee. Beliau juga pernah terlibat dengan Karnival Usahawan PUPUK@AEON bagi mempromosikan produk beliau kepada pengunjung karnival tersebut.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/1494-nor-amirah-binti-hasan-usahawan-kambing-perap#sigFreeId50a2c6b6fe