Noraswati Bt Abd Aziz

Pemilik "Family Kitchen"

 

Noraswati Bt Abd Aziz atau pun lebih mesra di panggil Kak Nora merupakan usahawan yang berjaya. Beliau yang berasal dari Kg. Jambu Rias ini membuka perniagaan perkhidmatan penyediaan makanan atau pun katering. beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2015 di sekitar Kampung Jambu Rias dan kampung berdekatan. Perkhidmatan ini merangkumi semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya. Beliau menyediakan lauk pauk berdasarkan permintaan daripada pelanggan beliau dan mengikut pakej-pakej yang telah beliau sediakan.

Pada awalnya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja dan merupakan kenalan, saudara mara dan penduduk kampung sahaja. Kini setelah 2 tahun menjalankan perniagaan ini, pelanggan beliau semakin berkembang maju. Malahan dengan bantuan promosi dan hebahan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram semakin ramai pelanggan daripada serata kawasan mengetahui perniagaan beliau. 

Bagi menajamkan lagi kemahiran beliau dalam dunia masakan, beliau mengikuti kelas masakan bersama Kolej Komuniti Bentong dan ada juga dari pihak lain. Tambahan pula, dari segi ilmu ICT beliau datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias bagi menambah ilmu ICT dan juga mengikuti Latihan Keusahawanan.