Susilah Fazyuhanna telah memulakan perniagaan gerai makan beliau iaitu MAQ Kitchen dari tahun 2015. Beliau menjual pelbagai jenis makanan melayu dan juga barat antaranya nasi ayam penyet, pelbagai jenis nasi goreng dan mee, rojak buah, roti john, chicken chop, spaghetti, pencuci mulut dan pelbagai lagi menu yang menarik lain daripada lain. Dengan tertubuhnya MAQ Kitchen, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada anak muda kampung. Beliau mempunyai beberapa pekerja yang membantu kelancaran operasi MAQ Kitchen yang dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad, dari jam 2.00 petang sehingga 10.30 malam. Semasa permulaan pembukaan kedai makan beliau, rata-rata pelanggan hanya dari kawasan sekitar jambu rias dan juga kampung terdekat kerana beliau belum mewar-warkan dimedia sosial tentang kedai makan beliau. Pendapatannya juga hanya sekitar 5 ribu ke 6 ribu sebulan. Kedai makan beliau juga pada ketika itu masih belum dinaikkan papan tanda. Oleh yang demikian, orang luar tidak tahu tentang kedai makannya. Semasa permulaan pembukaan kedai makan beliau, rata-rata pelanggan hanya dari kawasan sekitar jambu rias dan juga kampung terdekat kerana beliau belum mewar-warkan dimedia sosial tentang kedai makan beliau. Pendapatannya juga hanya sekitar 5 ribu ke 6 ribu sebulan. Kedai makan beliau juga pada ketika itu masih belum dinaikkan papan tanda. Oleh yang demikian, orang luar tidak tahu tentang kedai makannya.