Siti Faridah Bt Hj Mohd Saad merupakan usahawan wanita yang membuka perniagaan membuat pelbagai jenis kek,roti, kuih muih, lauk pauk dan banyak lagi. Beliau juga menerima tempahan masakan untuk sebarang majlis seperti kenduri tahlil / doa selamat, majlis hari lahir dan rumah terbuka. Beliau bekerja sendiri dan hanya dibantu oleh suami beliau untuk menghantar tempahan kepada pelanggan. 

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, beliau kini semakin dikenali daripada pelbagai daerah melalui hebahan dan hasil promosi melalui media sosial yang dipelajari beliau. Beliau juga semakin mahir menggunakkan komputer untuk tujuan mencari resepi-resepi baru, menaip rekod hasil jualan beliau dan membuat iklan. Malahan dengan hasil jualan yang semakin bertambah beliau mampu membeli beberapa kelengkapan masakan untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan. Pendapatan beliau naik sehingga RM1500 – RM2000 sebulan. Disamping itu, beliau mengambil kesempatan sempanjang bulan Ramadan dengan menjual pelbagai jenis kuih muih dan juga tauhu begedil. Tambahan juga untuk hari raya yang bakal tiba beliau juga menerima tempahan membuat ketupat palas sejuk beku.