Mohamad Safuan Shah atau lebih mesra dengan panggilan Safuan membuka gerai di tapak jualan dengan menjual beberapa juadah untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan. Antara menu yang terdapat di gerai beliau adalah daging salai, ikan salai,ikan pekasam dan beberapa jus buah seperti jus manga,jus nenas dan tembikai. Beliau juga menyediakan air soya yang dibuat sendiri. Beliau juga dibantu oleh adik dan juga sepupu beliau. Sebelum membuka gerai pada bulan ramadan beliau hanya mengambil tempahan makanan dan air untuk majlis tertentu dan pendapatan beliau tidak tetap. Kemudian beliau membuka gerai setiap kali ramadan atas permintaan penduduk setempat dan pelanggan yang pernah merasai masakan beliau. Malahan pada awal pembukaan gerai, beliau hanya membuat menu makanan menggunakan kertas manila dan tulisan tangan. Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias, beliau kini mula memperkenalkan dan mempromosi gerai makan beliau melalui Facebook dan juga whatsapp. Beliau juga berjaya membuat menu gerai dengan menggunakan Microsoft word hasil didikan petugas. Menu tersebut lebih menarik perhatian pelanggan dan lebih mudah dibaca. Gerai beliau kian bertambah pelanggan dari hari ke hari atas bantuan media sosial dan pendapatan beliau juga makin meningkat dalam lingkungan RM800 – RM1200 sepanjang bulan Ramadan.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/861-mohamad-safuan-shah-usahawan-lauk-pauk-dan-air#sigFreeId79b330f77d