Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua penduduk

Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan sukarelawan dari Khidmat Malaysia Negeri Kedah & Perak hadir menginap di dewan & masjid Kg Jambu Rias bermula 5 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2022 bagi tujuan khidmat pembersihan pasca banjir bagi Kawasan Karak.

Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau KHIDMAT MALAYSIA merupakan badan pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan

Turut diwujudkan sebuah Bilik Operasi (BO) di Dewan Jambu Rias bagi menyelaras sukarelawan luar yang hadir ke Karak bagi tujuan tersebut.Turut serta dalam aktiviti sukarelawan ini terdiri daripada Wakil Rakyat & EXCO Kerajaan negeri (akan dimaklumkan kemudian).

Setakat jam 7.00 malam, seramai 96 orang sukarelawan telah melapor diri terdiri daripada 91 orang lelaki dan 5 sukarelawan wanita. Penempatan disediakan di Dewan Orang Ramai Jambu Rias & Masjid Jambu Rias. Pematuhan SOP Covid-19 diambil kira sepanjang aktiviti berjalan.

Khidmat Malaysia Negeri Pahang Melalui Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia Negeri YBhg. Ustaz Roslan bin Md Esa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penduduk Jambu Rias dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Penduduk (JPKK) atas kebenaran menggunakan premis bagi tujuan program sukarelawan ini.

 

Sumber : JKKK Kg. Jambu Rias