Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. *Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  2. *Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  3. *Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

 

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.

 

Sumber : eCentral