Kami sedang mencari 5 individu yang ingin memberi sokongan kepada MIV Komuniti 2018(Projek dibawah MCMC)

MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial.

Kepada warga PI Kg Jambu Rias Jambu Rias yang berminat boleh mendaftar di link http://www.miv.mcmc.gov.my/en/application/registration/
atau boleh terus berurusan dengan petugas Pusat Internet Kg Jambu Rias.Jom la rebut peluang😍

💻elaun penginapan dan pengangkutan diberikan oleh pihak MCMC

Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. 1. Aktiviti Fizikal
  2. 2 .Makan secara sihat
  3. 3. Tidak merokok
  4. 4. Bijak menangani stress
  5. 5. Sihat tanpa alcohol
  6. Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada 15 Jun 2018, kami petugas Pusat Internet Kg. Jambu Rias ingin memohon seribu kemaafan daripada semua jika ada salah dan silap, terlanjur kata dan terguris hati. semoga hari raya tahun ini lebih bermakna kepada semua. Dengan berita baik kadar bayaran tol mendapat potongan 50% untuk semua lebuhraya pada dua hari sebelum raya, diharapkan anda semua bijak merancang perjalanan dan semoga anda semua selamat pulang ke kampung halaman..