Pada 29 Jun 2019 yang lalu telah berlangsung dengan meriahnya Program Hari Bersama Komuniti Kg. Jambu Rias. Program tersebut diadakan bersama jamuan raya untuk komuniti setempat. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi menjayakan program tersebut antaranya adalah menganyam ketupat terbuka, pertandingan pakat klik syawal, pertandingan poster KDB, pertandingan artikel, pertandingan crossword dan banyak lagi pertandingan-pertandingan lain.

Malahan, pada program tersebut terdapat pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta yang turun padang bagi memberi hebahan dan berkongsi maklumat tentang perkhidmatan mereka kepada komuniti setempat. Antaranya adalah JKM, PTPTN, AIM, BSN, Jabatan Pertanian Karak, Ar-rahnu YaPeim, Perpustakaan Desa Jambu Rias, Klinik Pergigian Karak, Mary Kay dan Your Optical. Banyak perkongsian maklumat dan aktiviti di booth para agensi. 

Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Hari Bersama Komuniti Kg. Jambu Rias terutama kepada pihak MPKK Kg. Jambu Rias yang telah bertungkus lumus dari sebelum program. Setinggi penghargaan kepada YB Kamache A/P A Doray Rajoo kerana sudi meluangkan masa merasmikan program tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada semua.