Pada 22 Januari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias  telah melaksanakan kelas berbentuk ICT kepada murid-murid Tabika KEMAS Kg. Lengkong. Kelas ini bertujuan bagi mendedahkan kepada murid-murid tabika kepada aplikasi ABCYA.COM untuk mempelajari abc secara interaktif dan lebih menarik. Dengan kerjasama guru-guru tabika bersama ibu bapa yang turut hadir untuk memberi dorongan dan sokongan kepada mereka kelas tersebut telah berjalan dengan lancar. Malahan terbukti kelas ICT tersebut telah mendapat reaksi yang sangat memberangsangkan daripada murid-murid, mereka lebih fokus dan mudah untuk faham apa yang petugas sampaikan dan ajarkan.