Pada 20 Februari 2016, Jumaat, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias telah mengadakan kelas ICT bagi murid-murid Tabika KEMAS Kg. Chinta Manis,Karak. Murid-murid yang menyertai kelas ICT ini berumur terdiri daripada 4 tahun hingga 6 tahun. Majoriti semua murid adalah kaum orang asli yang menetap di Kg. Chinta Manis dan berhampiran. Kelas ICT bermula daripada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. 

Memandangkan ini adalah kali pertama mereka datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, sebelum kelas bermula, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan alatan komputer bagi meraka membiasakan diri dan tahu fungsinya sebelum menggunakannya. Semua murid tabika sangat teruja dengan pembelajaran ABC melalui aplikasi ABCYA.COM dan mereka bersemangat memberi respon kepada petugas setiap kali disoal. Sesi pembelajaran juga lebih menarik dan berjalan dengan lancar.

Selain mengalakkan semua murid menggunakan papan kekunci dan tetikus bagi membiasakan mereka, petugas juga memberi peluang kepada semua murid untuk kehadapan menyelesaikan soalan dengan menggunakan Smartboard. Ternyata pendekatan tersebut telah menarik minat mereka dan membuatkan mereka teruja untuk belajar.