Pada 21 Oktober 2016, bertempat di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias telah berlangsung sesi pembelajaran bersama Tabika KEMAS Kg. Teroh. Sesi pembelajaran digital pada hari tersebut merupakan kali pertama bagi Tabika KEMAS Kg. Teroh.

Petugas memulakan pembelajaran dengan nyayian abc melalui video ABC Upin Ipin daripada You Tube. Kemudian mereka diberi tunjuk ajar bermain game pembelajaran abc secara digital melalui aplikasi ABCYA.COM. Mereka belajar bagaimana menyusun abc dan juga mengira jumlah ikan. Secara tidak langsung mereka belajar bagaimana mengira dengan tepat. Akhir sesi pembelajaran mereka menyanyi beramai-ramai bersama Didi & Friends.