The Plantation yang beralamat Lot 2767, Mukim Sabai, 28700 Karak, Pahang ini adalah sebuah tempat penginapan yang dikelilingi hutan sangat sesuai untuk para pengunjung yang ingin merehat diri jauh dari kesebukan kota. 46km daripada Kuala Lumpur, 19.2km daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias, 11.2km daripada Bandar Karak.
Berkonsepkan terbuka, pemilik The Plantation ini menyediakan tempat tidur seperti dorm secara terbuka malahan tempat duduk untuk berehat dapur dan ruang tamu juga sama menjadikan tempat ini sangat santai dan luas. Terdapat juga bilik tidur disediakan bagi pengunjung yang datang bersama pasangan.
The Plantation menyediakan beberapa fasiliti untuk kemudahan pengunjung seperti kolam renang, kawasan letak kenderaan percuma, tempat BBQ, mini perpustakaan, taman permainan kanak-kanak, dapur, basikal dan banyak lagi. Para pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti berbasikal, berenang dalam kolam renang dan juga di sungai yang berhampiran. Disini juga para pengunjung dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan mereka.
sumber gambar daripada : www.booking.com
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/388-the-plantation-lokasi-penginapan-menarik#sigFreeIdc57492b09b