Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan SMS palsu kononnya daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menawarkan kredit percuma RM100 untuk ditebus.
“Free RM100 from MCMC Redeem Now”
Pautan URL di dalam SMS tersebut akan membawa kepada sebuah laman palsu yang meminta pengguna memasukkan butiran peribadi, serta butiran kad banktermasuk nombor CVV, yang boleh disalahguna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak ada menawarkan sebarang kredit percuma RM100 untuk ditebus. Orang ramai diminta agar tidak terpedaya, serta mengabaikan dan memadam SMS berkenaan.
Orang ramai juga di ingatkan agar tidak sama sekali memberikan butiran peribadi, serta butiran kad bank termasuk nombor CVV di laman yang tertera.
Sebarang laporan dan aduan berhubung penerimaan SMS sedemikian boleh turut dimajukan kepada pihak MCMC di:
Talian Aduan : 1800 – 188 – 030
Faksimili : 03 – 8688 1000
Whatsapp: 016 – 2206 262
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Web: https://aduan.skmm.gov.my
sumber : sebenarnya.my
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan palsu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk meminta maklumat peribadi. Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan anda. Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta sesiapa pun memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga. Bank Negara Malaysia tidak menyimpan wang orang ramai dalam mana-mana akaun.
sumber : bank negara & sebenarnya.my
Memandangkan sekarang adalah musim hujan, berikut tips keselamatan yang boleh kita semua guna pakai demi keselamatan diri dan keluarga.