Sempena Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg. Jambu Rias yang lalu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah menyertai program tersebut bagi menyampaikan ceramah berkaitan keselamatan ketika musim banjir. Ceramah diberi sebagai panduan langkah keselamatan yang perlu diambil kepada semua pengunjung jika berlaku banjir. Selain itu pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak juga mengadakan pameran jentera pemadam api mereka dan memberi peluang kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk menaiki kenderaan tersebut.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/keselamatan?start=45#sigFreeIdb7e5bf95db
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan skim pelaburan yang menggunakan gambar kerabat Diraja dan menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Pihak polis percaya penggunaan gambar keluarga Diraja tersebut adalah untuk menarik keyakinan dan mempengaruhi orang ramai untuk menyertai atau melabur dalam skim yang ditawarkan. Penggunaan gambar kerabat Diraja sama sekali tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak.
sumber : sebenarnya.my
Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di akaun Facebook, susulan insiden penggodaman di Facebook.
Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):
MCMC sedang berhubung dengan pihak Facebook bagi memastikan beberapa ramai pengguna FB rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden penggodaman baru-baru ini.
Buat sementara waktu, para pengguna boleh menyemal daftar masuk halaman dan keselamatan FB mereka bagi menentukan sama ada akaun mereka telah diakses tanpa kebenaran atau sebaliknya.
Pada masa yang sama, pengguna juga adalah dinasihatkan untuk berwaspada dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan dalam akaun-akaun mereka dan laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
sumber : https://sebenarnya.my/category/nasional/keselamatan/