Sewaktu sesi MQT di Parlimen pada Selasa, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah memberi maklum balas kepada pertanyaan berkenaan SOP pengendalian kes buli di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM sentiasa proaktif dalam menangani isu buli yang melibatkan murid di sekolah.
Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan KPM beserta Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan bawah KPM perlu dijadikan rujukan kepada semua pihak berkepentingan di institusi pendidikan dalam menjelaskan kefahaman tentang salah laku buli dan implikasinya serta peranan masing-masing dalam pengurusan salah laku buli terutamanya terhadap pembuli dan mangsa buli.
Setiap kes buli yang dilaporkan dikendalikan secara teliti berdasar kepada SOP yang telah ditetapkan.
Aduan kes buli boleh dibuat menerusi pelbagai kaedah termasuk Portal Aduan Buli melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM, emel, talian telefon dan aplikasi WhatsApp.
KPM juga menjalin kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jawatankuasa Permuafakatan KPM-PDRM untuk menangani isu salah laku murid termasuk buli di sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam kalangan anggota PDRM turut dilantik di setiap sekolah untuk membantu mengatasi isu salah laku murid.
KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kesedaran murid bagi mencegah gejala buli di sekolah.
 
 
sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

NFO BELANJAWAN 2024 KPM: Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM788,130,000 untuk tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bayaran one-off (sekali bayar) BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid.

Bantuan BAP akan disalurkan bermula pada bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan melalui autonomi pengetua mulai 7 hingga 17 Ogos 2023.

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 18 Ogos 2023 melalui Pusat Tingkatan Enam yang dimohon.

Murid yang berjaya dan ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 20 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan A dan 21 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan B.

sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2024 Secara Dalam Talian.

Permohonan dibuka mulai 10 September hingga 8 November 2023 melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my

sumber : KPM