Pada 22 Januari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias telah melaksanakan kelas berbentuk ICT kepada murid-murid Tabika KEMAS Kg. Lengkong. Kelas ini bertujuan bagi mendedahkan kepada murid-murid tabika kepada aplikasi ABCYA.COM untuk mempelajari abc secara interaktif dan lebih menarik. Dengan kerjasama guru-guru tabika bersama ibu bapa yang turut hadir untuk memberi dorongan dan sokongan kepada mereka kelas tersebut telah berjalan dengan lancar. Malahan terbukti kelas ICT tersebut telah mendapat reaksi yang sangat memberangsangkan daripada murid-murid, mereka lebih fokus dan mudah untuk faham apa yang petugas sampaikan dan ajarkan.
http://kgjamburias.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan?start=80#sigFreeIdef225391bf
Pendidikan
Pendidikan merupakan satu asas kehidupan yang penting untuk memberi impak dalam kehidupan seseorang individu. Pelbagai prasarana pendidikan telah diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan ilmu menjadi tunggak utama masyarakat dalam melayari kehidupan seharian. Antaranya, kerajaan telah menyediakan sekolah-sekolah, institut-institut pengajian tinggi, kolej, pusat kemahiran dan sebagainya.
Walaupun Kg Jambu Rias merupakan sebuah perkampungan tradisional yang kecil dan tidak mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, namun masyarakat kampung di sini boleh merasa bangga kerana kerajaan telah menubuhkan sebuah sekolah rendah di kampung ini. Sekolah Kebangsaan Jambu Rias telah wujud sekian lama dahulu di mana telah melahirkan ramai anak jati kampung yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Alhamdulillah dengan kemudahan yang telah disediakan itu juga, masyarakat kampung ini telah lama menyedari akan kepentingan ilmu yang perlu diterapkan di dalam kehidupan seharian anak-anak mereka. Buktinya, kesemua anak-anak kecil telah dihantar ke sekolah walaupun seawal usia 4 tahun.